kata aluan

Followers

Monday, October 24, 2011

1 LITRE OF TEARS


sapa2 yang belom tengok drama ni,
baik tengok tau
jangan asyik tengok drama cinta2 je
drama ni banyak beri pengajaran
terutama kepada kita manusia ni...


ni trailer dia


ni lagu tema drama ni
lagu pun dah sedih
tengok cerita dia lagi la melelehhhhhhh......



ni salah satu sudatan cerita yang sangat menyayat hati
" seorang adik yang malu dengan keadaan fizikal kakaknya yang sakit "
sumpah macam nak lempang je adik dia ni
nasib la ni drama je....haha

p/s: untuk pengetahuan semua ni cerita benar tau
diadaptasi kedalam drama
memang best....kenapa la malaysia tak buat cerita macam ni....

Tuesday, October 18, 2011

BUSY BODY

HEHEHEHEHE....
maaf lama tak update blog ni
al-maklumlah sekarang ni busy sikit dengan KONVO ke-2
di UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) SERDANG

HEHEHEHEHE...
ramai yang tanya kenapa konvo 2 kali
yang sebenarnya UPM merupakan universiti kerjasama kenganKOLEJ RISDA
so, hari tu RISDA dah meraikan kami sebagai graduannya kini tiba la giliran UPM pula

seronok naik pentas dua kali
terima diploma pun 2 kali
hehe. korang ada....lalala


jubah persalinan di UPM (tak gempak macam jubah RISDA) hehehe
but ok what....lalala


kad undangan dan cenderamata dari UPM....
pink lagi...korang ada...


Monday, October 10, 2011

PERMUDAHKAN URUSAN SAHABATKU DISANA


gambaran rusuhan agama antara Islam dan kristian


Ya Allah....
selamatkan lah sahabatku disana
sesunggungnya, beliau merupakan nasaf kedua ku selain Mu..


Saturday, October 8, 2011

SIAPA GERANGAN "AKU"


HAHAHAHA....
lawak kan pic dekat atas tu....
siapa gerangan "aku"
aku sekarang sedang mencari siapakan dia....jeng3
korang semua tahu tak siapa dia....hehehe

"aku" siapakah anda
begini ceritanya, ia berlaku didalam chat room shoutmix tu
kalau dulu tak ramai yang chat dekat situ,senang la nk balas chat tu
tapi sekarang alhamdulillah ramai, sampai tak sempat nak balas

si gerangan yang bernama "aku" ni,
dia tak tinggalkan url, so memang tak jumpa la blog dia
dia cakap memang kenal aku sangat2, tp aku tak dapat cam siapakah dia
sebab, kalau kawan dekat kolej tak ramai yang tahu aku ada blog

kepada "aku", saya dah balas chat awak tu
tapi kan, ramai sangat yang chat dekat situ
jadi, awak mesti tak jumpa chat yang saya balas pada awak
kita memang kawan k???
(dan lagi aku tanya ni) hahahaha



siapa anda "aku".....

DULU LAIN SEKARANG LAIN

assalamualaikum...

bertambah2 follower aku sejak aku tinggalkan jejak di blog2 mereka
kalau dulu aku suka baca blog mereka tanpa meninggalkan jejak
tapi sekarang terpaksa tinggal jejak sebab aku tak jumpa blog2 yang aku suka baca tu
hehehehe

yang follow aku tu, aku follow la mereka balik,
yang datang berkunjung tu, aku kunjung mereka balik (adil kan)
seronok pulak tgk suasana dekat chat room shoutmix tu
ramai yang kunjung dan follow. hehehe...(thanks all)

kalau dulu masa buat blog ni sekadar untuk melepaskan masalah yang ada dalam kelapa ni je
tapi sekarang, ia lebih bersifat diari diri...hehehe
makan hati aku tengok blog2 diaorang, memang cantik, smart...wowwwwooooo
aku punya biasa2 je...hehe

kalau dulu suka jadi silent reader, tp sekarang dah open la sikit...hahaha
kepada semua TERIMA KASIH, SAYANG U ALLLLLL......MUUAAAAHHHHH....






Thursday, October 6, 2011

KERANAMU PETAI

\

kerana kau, ku jadi begini (nada lagu alleycats)....hahaha

setiap orang mesti ada makanan yang tidak boleh dimakan
walhal, makanan tu memang sedap
contohnya seafood, daging panas, ikan dan lain2

mesti ada punya lah,
jangan cakap tak de, aku luku nanti ( hahahaha)
bagi aku kalau sesekali nak makan memang mengada betul2 la
tapi akibatnya kita tanggung sendiri, hehehe

petai contonya, memang sedapkan bila dibuat ulam atau dibuat sambat
lagi2 sambal petai udang dan tempoyak petai
ermmmm, memang sedap laaaaa...



tapi tu la kan disebabkan makan petai ni
perut aku memulas (sakit perut ) tak habis2...
dah berapa puluh kali masuk tandas pun tak tahu la..



kalau dah teringin memang tak boleh halang laaaaa...
makan je la. hehehehe





PERISTIWA BERDARAH

huuuuwaaaaaa......huuuuwaaaaaaaa
jari manisku cedera akibat terkena parang
macam ne nak sarung cincin kawin ni....padan muka aku


ye la, orang menebas semak pada anak getah
yang ko pergi tebas tangan sediri tu buat apa fikhri oiiiiii....
heeeee, tak pasal2 balik awal dari kebun
(bagus apa balik awal, boleh tengok movie hehehehehe)

ayat abah lagi best
"angah berangan apa sampai jadi macam ni"
"berangan nak kawin k"
adoooiii aiiii, boleh pulak abah tanya soalan emas macam ni



luka dia kecik tapi dalam
yang paling gempahnya, darah banyak keluar dan susah nak berhenti
aku pun tak paham, dari zaman menyewa rumah bujang dekat melaka lagi
kalau luka kena pisau sikit pun, darah susah nak berhenti..

apa2 pun aku selamat ok...

Tuesday, October 4, 2011

AKU BELAJAR MENJAHIT

HAHAHAHA.....
bila cerita je pasal menjahit syok jugak apa, dapat hilangkan bosan
dan yang paling penting, kerja ummi aku cepat sikit siap..


aku ni mengalahkan anak dara (kata orang kampung)
almaklumlah aku boleh buat apa yang anak2 dara buat
memasak, membasuh, mengemas termasuklah menjahit ni sekali
hahahaha, bagus kan aku (aku amik pertanian ok dekat ipt)

dari aspek perkerjaan saja la ea, bukan dari sudut lain ok (nanti lain pulak orang fikir)
nak jadikan cerita, dari kecik lagi aku dah boleh menjahit benda2 yang koyak ni
sampai la besar ni benda tu dah jadi mainan. hahaha
bukan nak masuk bakul angkat sendiri
kalau nak hantar aku masuk pertandingan pun insya Allah tak malu la kalau kalah pun.

aku sekarang ni sedang menyiapkan langsir untuk kenduri kawin along
jeng3, kalau nak tengok hasil kerja aku boleh la datang rumah nanti ok...huhu

p/s: pic langsir tu nanti aku upload ok sebab tak siap semua lagi....hehehehe

NILAI 3

jeng3....
sebut je nilai 3 masti orang tahu lah apa ada kat sana
hahaha, pelbagai pilihan barangan perkahwinan, hiasan rumah, kain2...
macam2 lagi la

balik je dari konvo risda khamis 29/9 yang lalu, terus pergi sini
ramai yang merungut kenapa balik awal sangat masa tu
siap ada yang call ni tanya
ni la jawapan untuk pertanyaan kawan2, dan bakal mak2 mertuaku...
hehehehe, ye la bakal nya ramai sangat.

insya Allah ada rezeki kita jumpa di lain waktu




Sunday, October 2, 2011

GELAGAT AKU DI KONVOKESYEN KOLEJ RISDA 10






p/s: nak tengok pic lain, tgk dekat FB je ok..
banyak kt sana....hahahaha


AKU BERJAYA......


AKHIRNYA...


tiada yang lebih menggembirakan diri aku ini
apabila melihat air mata gembira ummi dan ucapan tahniah daripada abah
serta ucapan "kami bangga, angah berjaya"
sesungguhnya inilah yang aku pinta dari Allah S.W.T
sebelum Dia mengambil nyawa ku dari jasad ini

kegembiraan ummi dan abah mengatasi segalanya untuk aku
biapun aku bukannya yang terbaik tetapi aku setaraf dengan yang terbaik
terima kasih ummi dan abah
biapun Allah mengambil nyawa angah, angah sudah bersedia
kerana Dia telah memakbulkan doa seorang anak yang berbakti kepada ibubapa

i love my parents
sayang ummi dan abah