kata aluan

Followers

Monday, August 15, 2011

RAMADHAN 14


BERBUKA


(gambar hiasan)

Assalam, Alhamdulillah. malam ni malam yang ke-15 tarawih, so kita dah separuh daripada mengerjakan ibadah berpuasa ini. adakah kita berfikir apa yang kita lakukan untuk mengejar nikmat yang Allah berikan kepada kita sepanjang bulan ramadhan ini. bagi aku, hidup ini bukan sahaja untuk mengejar kebendaan, tetapi juga kta harus menyelitkan dengan meningkatkan amalan kita kepada Allah s.w.t. 

my love always remain me about what i'm doing. i want to be like my love. always balanced in what we are doing in our life. hummmmmmm ( teringat kenangan yang indah bersama sidia ). kita kembali pada tajuk yang atas tu sebelum aku tidur. hati ni berbuka macam makan 12 orang padahal 6 orang je dalam rumah ni. cuba anda semua bayangkan dengan 8 jenis makanan dan 5 jenis kuih muih. giloooo laaaaaa.....

ni semua sebab teringin nak makan la ni.....hehehehehe, kalau tak, tak kan sampai macam ni punya laaaaaa.....
menu hari ini:
1) ayam masak kurma
2) ikan pari asam pedas (yang ni aku nak makan sangat-sangat)
3) lada hijau dan terung tauchu
4) ikan pari goreng
5) telur masin itik (yang ni salah beli sebenarnya)
6) ikan patin tempoyak (yang ni abah mengidam)
7) ikan sardin goreng
8) nasi putih (termasuk sekali sebab aku makan lauk je, hheheheheh)

Saturday, August 13, 2011

RAMADHAN 11,12 DAN 13


SOLATKU HANYA PADAMU

hahahahahahaha, gila la sekarang ni, makin sibuk aku, smpai nak update blog pun susah. hehehe ( padahal aku malas + line internet gilo). dah la aku malas nak berleter lebih-lebih, sementara mood  update ni ada baik aku curahkan semua nya dalam blog ni. buat ketika ini aku cuma nak bercerita mengenai solat sunat TARAWIH. waaaahhhhhh gempak kan. bukan nya apa pun sekadar bercerita mengenai situasi diri aku ni je ( sebab ni blog aku, aku punya suka la nak cerita apa).

sudah 14 malam tarawih berlalu dan aku sudah menunaikan 12 tarawih berjemaah ( mana lagi 2 tu ea, hehehehe keadaan diri tak mengizinkan aku pergi berjemaah la, senggugut datang. lalalalala). dalam 12 malam yang aku pergi aku masih lagi pelik la, bukan apa pun cuma pelik je dengan keadaan diri aku je. cuba kalian bayangkan masa kita mula-mula berdiri untuk mengerjakan solat tarawih tu, keadaan saf cantik je, tapi lepas masuk ke rakaat ketiga (tarawih kedua) dah mula ada ruang-ruang kosong.

bukan orang lari keluar la, keadaan makmum masih sama lagi cuma makin beso ruang tu setiap kali rakaat bertambah. dan aku mendapat jawapan dari keanihan ini. hehehehehe. bukan ke solat ni sebenarnya excercise , jadinya makin banyak rakaat yang dibuat makin kecik la keadaan fizikal seseorang itu.hehehehe ( lawak je la)

tapi bagi aku sendiri memang apa yang aku fikirkan ini masuk di akal. sebabnya aku sendiri rasa perubahan ada keadaan fizikal aku. klau tak percaya anda buktikannya sendiri.


Friday, August 12, 2011

BERBUKA ALA2 WESTERN


hahahahahahahaha.......amik kau, (korang mampu masak macam ni)
ni dia chicken chop with black pepper sauce 
aku letak la kentang goreng sikit.....hehehehehe...
SELAMAT BERBUKA PUASA

Friday, August 5, 2011

RAMADHAN 5

 HAPPY BIRTHDAY SHAHIRA
SELAMAT ULANG TAHUN
ALLAH SELAMATKAN KAMU SHAHIRA






ramadhan 5 bersamaan dengan hari lahir yang ke-7 buat adik perempuanku SITI NOORLAILATUL SHAHIRA BINTI AB WAHAB. semoga keberkatan dan kecemerlangan sentiasa bersama dengan mu adikku. (aku malas nak cerita hal lain hari ini..) huhu


RAMADHAN 4

ASSALAMUALAIKUM...

hari ini aku update untuk dua ramadhan sekali gus ok, sebab semalam tak sempat nak update. hehehehe (padahal malas). untuk dua hari ramadhan ni aku x bt apa-apa sangat pun sebab duduk rumah je kan. tp ada berita gembira yang aku dapat pada sahur ramadhan ke-4. akak angkat aku yang berada di Kuantan Pahang, telah melahir putra sulungnya. Alhamdulillah bersyukur padamu Ya Allah. Muhammad Danish namanya. comel sangat-sangat. dapat aku aku jadi Abi. hehehehehe.




ada rezeki Abi jumpa danish ok......
comellllll kan.....




Thursday, August 4, 2011

SELAMAT BERBUKA PUASA


ini dia menu berbuka kami sekeluarga hari ini
jangan tak percaya aku masak semua lauk tu...
sebab ummi tidak sihat, jadi aku la yang amik alih tugas memasak
takde la istimewa macam ummi masak tapi boleh la
hehehehehe.....
siapa nak jadikan aku suami, boleh datang rumah masuk meminang...
lalalalalalalalala

Wednesday, August 3, 2011

RAMADHAN 3



ASSALAMUALAIKUM...

ramadhan ke-3 sudah pun berlalu. hari ini seperti biasa pada sebelah pagi aku ke kebun bersama-sama dengan ahli keluarga yang lain (ummi, abah dan along). setelah selesai urusan dikebun aku, along dan abah ke kedai assesori kereta dibandar Jerantut. hurm, aku ni menggalak sangat nak pakai nokia c3 jd aku bli la juga handphone tu.heheheh. handphone nokia x2 yang aku beli isnin lepas aku bagi along.lalalalala.

selepas itu, abrulah kami menuju ke tempat yang seharusnya dituju hari ini iaitu kedai assesori kereta. aku nak tinterd (betul ke aku eja ni, hentam je la....hehehehe) haaaaa, ini hasilnya.


haaaaaa, untuk kepuasan dan keselamatan kereta kita tak perlu teragak-agak nak keluarkan belanja untuk kereta kita. melayang juga la rm200 aku... dengan handphone c3 tu rm350


sebelum bagi along kita snap pic kenangan...hehe

AKU BELI HANDPHONE BARU LAGI.....


nokia c3-00...


nokia x2-01 yang aku baru beli isnin lepas aku bagi abang aku.....hehehe
(untuk hadiah kawin dia la)

GANJARAN MENUNAIKAN SOLAT SUNAT TARAWIH



Untuk Renungan Bersama :)

Malam 1 : Dosa keluar dan insan seolah-olah seperti baru dilahirkan ibunya.  
Malam 2 : Dosa diri dan kedua ibu-bapa yang mukmin diampuni.  
Malam 3 : Malaikat menyeru dari bawah 'Arasy "Mulailah kamu beramal kerana Allah telah mengampunkan dosamu yang lalu.  
Malam 4 : Pahala yang sama seperti pahala orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al Quran.  
Malam 5 : Mendapat pahala seperti orang yang melakukan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Nabawi dan Masjidil Aqsha di Palestin.  
Malam 6 : Mendapat pahala seperti pahala orang yang tawaf di Baitullah.  
Malam 7 : Pahala seperti orang hidup di zaman Nabi Musa yang membantu mengalahkan Fir'aun dan Haman  
Malam 8 : Diberikan Allah segala apa yang pernah diberikan kepada Nabi Ibrahim.  
Malam 9 : Pahala seperti pahala ibadah Nabi Muhammad s.a.w.  
Malam 10 : Dikurniakan kebaikan dunia dan akhirat.  
Malam 11 : Keluar dari dunia seperti pada hari dilahirkan, iaitu bersih daripada segala dosa.  
Malam 12 : Datang di hari Qiamat dengan mukanya bercahaya dan bersinar.  
Malam 13 : Datang di hari Qiamat dengan keadaan aman dari segala kejahatan.  
Malam 14 : Malaikat menjadi saksi solat Tarawih, dan dibebaskan dari segala mudarat.  
Malam 15 : Segala Malaikat memohon ampun untuk mereka yang mengerjakan Tarawih.  
Malam 16 : Dibebaskan dari api neraka dan diberi ganjaran syurga.  
Malam 17 : Diberikan pahala seperti pahala para Nabi.  
Malam 18 : Diseru oleh Malaikat, "Wahai hamba Allah, bahawanya Allah telah redha kepadamu dan kepada orang tua kamu.  
Malam 19 : Diangkat darjatnya ke dalam syurga Firdaus.  
Malam 20 : Diberi pahala para syuhada dan solehin.  
Malam 21 : Dibina rumahnya dari Nur di dalam syurga.  
Malam 22 : Di hari Qiamat, ia akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan.  
Malam 23 : Dibinakan sebuah kota untuknya di syurga.  
Malam 24 : Diberikan pahala yang merupakan dua puluh empat permohonan dikabulkan.  
Malam 25 : Dihapuskan dari seksa kubur.  
Malam 26 : Pahalanya diangkat selama empat puluh tahun.  
Malam 27 : Dapat melintasi Jambatan Sirat dengan amat laju seperti kilat.  
Malam 28 : Allah mengangkatkannya dengan seribu darjat.  
Malam 29 : Diberi pahala seribu haji yang mabrur.  
Malam 30 : Dipanggil dan dipersilakan oleh Allah, "Wahai hambaKU, makanlah buah-buahan syurga dan mandilah dengan air salsabil serta minumlah dari telaga kausar. Akulah Tuhanmu, dan engkau Hambaku.

RAMADHAN 2

ASSALAMUALAIKUM SAHABAT

hari kedua berpuasa, tak de la penat sangat pun walaupun hari ini aku pergi kebun macam hari-hari biasa. kalau hari pertama puasa aku diserang senak perut yang terlampau sampaikan aku amik selendang ummi aku untuk ikat perut yang sakit ni. aku pun pelik sebab apa jadi macam ni.nak kata tak biasa dengan puasa, padahal aku puasa sunat pun selalu buat. hurm apa-apa pun aku selamatkan jugak puasa tu dengan berbaring diatas katil selama 2 jam sebelum berbuka. ummi suruh berbuka awal sebab kesian tengok anak dia ni, hehehehe. sampai dua tiga kali jenguk aku kat bilik. tak mati la kalau setakat senak perut itu ummi. hohohohohoho.




dan seperti biasa la lepas isyak solat tarawih bermula. Alhamdulillah dah 3 malam solat tarawih aku kerjakan secara berjemaah. dan abah masih jadi imam untuk ketiga-tiga malam solat sunat tarawih ini. kalau malam pertama bacaan abah sedikit semput, Alhamdulillah dah 3 malam ni bertambah baik.

Tuesday, August 2, 2011

Monday, August 1, 2011

SALAM RAMADHAN

tarawih pertama: 31/7/2011



solat yang aku nantikan sepanjang tahun kerana solat sunat tarawih hanya ada pada bulan ramadhan sahaja. tahun ini merasa aku lagi aku untuk menunaikan solat sunat ini. ALHAMDULILLAH, Allah memanjangkan usia kita tathun ini untuk menunaikan solat sunat ini.

tarawih kali ini sangat istimewa kerana, aku dapa menjalankan solat sunat tarawih ini di kampung halaman/ rumah sendiri selepas 3 tahun menyambut ramadhan bersama kawan-kawan. bila bersama keluarga, teringat pula pada kawan-kawan seperjuangan. rindu kalian semua.

malam pertama ramadhan, aku bersama seluruh ahli keluarga sama-sama berjalan menuju ke masjid. gembira rasa hari bila dapat merasakan nikmat bersama keluarga. sesungguhnya nikmat Allah itu ada dimana-mana. malam pertama tarawih ini abah aku sendiri yang jadi iman, terasa syahdu bila abah melafazkan kalimah Al-fatihah. tersentap benak hatiku, walaupun sering abah mengimankan solat, tp malam tarawih ini terlalu berbeza perasaanya.

ini nikmat yang telah Kau berikan kepada hambamu ini Ya ALLAH.

HANDPHONE BARU......NOKIA X2-01


ni diaaaaaaaa.....



tapi aku punya mcm ni.....sejibikkkkkkk