kata aluan

Followers

Sunday, May 13, 2012

MPOB TELUK INTAN, PERAK

ALHAMDULILLAH, SEGALA PUJI HANYA UNTUKMU YA ALLAH....

dah lama tak berblog ni, rindu pulak rasa nak menaip panjang2....hehehe... alhamdulillah, aku sekarang dah bergelar seorang yang berkerjaya, sempat juga la aku menyambut hari buruh pada 1 mei lepas, hehehe...

perkara ni memang tak dijangka oleh aku sendiri (hal kerja ni laaaaa) kerana semasa temuduga MPOB ni aku bukan bercerita mengenai sawit tetapi aku bercerita mengenai getah (dah memang aku dibesarkan dengan getah)

nak dijadikan cerita aku dapat kerja di MPOB ni, mungkin rezeki aku agaknya kat situ interview cerita lain pun dapat juga kan... masa aku dapat tawaran kerja ni, sebenarnya dah lambat sebab aku patut lapor diri pada 16/4 tetapi oleh kerana sebelum tarikh tu, internet problem kat rumah aku ni, aku tak tahu la yang sepatutnya aku melapor diri pada 16/4 tu....menangis cakap kau bila aku lepas tawaran ni...

aku pun call HQ MPOB di Bangi dan memberi alasan yang aku baru tahu pada 16/4 tu aku sepatutnya melapor diri, dan mereka pun faham situasi aku. aku diberi peluang untuk lapor diri sebelum awal bulan 5, aku dengan ghairahnya terus menelefon MPOB Teluk Intan, Perak (tempat aku ditugaskan) dan mereka meminta aku untuk lapor diri pada 23/4......

haaaa, apa lagi bila khamis 19/4 tu aku dapat keputusan untuk lapor diri pada isnin 23/4 ni jumaat 20/4 terus aku ajak abah dan ummi ke sana untuk persiapkan apa yang patut (nak cari rumah la yang penting)...jadi kesimpulan dari cerita aku ni, persiapan perlu dibuat dari awal dan apa yang kita tak jangka dapat insya Allah jika kita berdoa pada Allah dan Allah akan makbulkan doa kita tu...

kesabaran dan dugaan yang Allah berikan kepada kita ada hikmah disebalik nya....jadi terukan mencuba dan berharap serta jangan sesekali putus asa.... gagal sekali tidak mungkin kita gagal untuk selamanya...

nanti aku sambung lagiiiii......insya Allah

Sunday, March 18, 2012

.....


kadang2 air mata lebih berharga daripada senyuman, kerana senyuman boleh diberikan kepada sesiapa sahaja tetapi air mata hanya akan bercucuran untuk orang yang kita sayang sahaja

*renung2 kan sahabat semua....
*mood: rindukan dia....:(

Saturday, March 17, 2012

SAKIT GIGI

YA ALLAH.....

sakitnya gigi...korang semua kalau ada sahabat2 yang sakit gigi tu, jangan la nak bergurau lebih2 ok. nanti bolej jadi gaduh tau. ni first time aku sakit gigi macam ni, dia bukan apa pun. cuma ada gigi geraham yang last sekali belah atas tu tumbuh. dia tak tumbuh besar macam gigi geraham yang lain, tapi YA ALLAH sakitnya...nak makan pun x boleh. sebabkan dia, rahang mulut ni macam dikunci, nak buka luas2 mulut pun sakit...


macam ni keadaan dia cuma
dalam hal aku dia berada diatas.
bengkak....
(sumber pic google image)


Thursday, March 15, 2012

TERIMA KASIH YA ALLAH

SELASA 13/3/2012



alhamdulillah...
pada tarikh ni aku dipanggil temuduga oleh MPOB. ya Allah inilah yang ditunggu, walaupun hanya temuduga tetapi ia merupakan pembelajaran bagi aku untuk menghadapi temuduga yang akan datang. boleh dikatakan semuanya berjalan dengan lancar, walaupun ada dugaan yang dihadapi sebelum hari temuduga ni. tapi aku redha dengan ketentuan-NYA. dugaan tu takde la berat mana tapi mencabar jugak la...hehe...

yang penting pada hari ni, aku rasa macam tak berdepan dengan interview je sebab aku tak berdebar dengan apa yang akan berlaku pada hari tu, padahal sebelum masuk bilik interview tu, punya la cuak nak mampossssss,,,hehee..ada cerita disebalik kejadian diatas ni, nak tahu sebab apa tak...jeng3...sebelum masuk bilik interview tu aku dapat semangat daripada kakak aku (kak fiza), ya Allah terima kasih pada beliau kerana, dengan adanya dia aku tak rasa semua debaran yang aku rasai sebelum tu...kami bercerita zaman2 silam kami di kolej, cerita apa yang berlaku sekarang... ya Allah, memang terbaik la aku rasa..

semasa di interview semuanya ok je, takde la soalan yang mencabar minda..aku dah buat yang terbaik, tapi macam tak puas hati je..hehehe, nak masuk interview lagi rasanya...lalala...kekosongan kerja hanya 13 dan yang dipanggil interview 60 orang, haaaaaa tak tahu la macam mana rezeki aku kan. yang datang pula punya la bagus2 ada yang amik planting, dgree pn ramai gak dan kerja dengan private company (sawit jugak) wooooo, aku hanyalah aku....cehhhhhh....hahaha

sekarang TAWAKAL & BERDOA...

Friday, March 2, 2012

CAMERON HIGHLAND, PAHANG

12/2/2012

hari ni, hari ketiga is dan tito berada di bumi pahang. Alhamdulillah dengan izin Allah juga doaku dimakbulkan. berkat hujan malam hari, esok paginya aku tak ke kebun dan dapat la bawak dua2 sahabat aku ni berjalan2 ke cameron highland.

sebelum pergi, ummi dan pesan pada is dan tito, kalau aku tak larat bawak kereta, mintak tolong dia orang gantikan aku. tapi hampeh diaorang ni, masing2 bagi alasan. alasan tito yang tak boleh bla, ada ke dia cakap "kalau kau nak aku bawak kete masuk gaung, langgar tiang aku ok je."

best kan ayat sahabat aku ni. tapi dia lah juga sahabat lelaki yang paling rapat dengan aku. kalau is pulak, memang tak yah bagi alasan pun kita dah tahu kan. hehehehe....(badan dia tak muat la nak drive kete kancil aku ni...hahahahahaha....

aku memang dah selalu sangat ke cameran highland ni, memang acara wajib la setiap bulan.hehehe... tapi demi sabahat yang tersayang aku gagahkan jugak untuk drive pergi dan balik. dan dua orang mamat ni pandai jugak la layan aku bawak kete...memang terbaik.....sedap suara kau tito...huhu


pic wajib...mesti ada punya la..


berhenti di jambatan tinggi...melihat agongnya ciptaan yang esa.








nak tengok pic2 menarik
mai datang rumah k..hehehe..








KUALA GANDAH, PAHANG


HATI KEDUA KITA BERSAMA








HEHEHE....
SYOK LA KORANG KAN...


pic mcm ni mmg selalu ada....


thanks is belanja mcd...hehehe


2 budak lapar...


cute tak saudara saya....hehe


tuan tanah...hahahaha...











LATA MERAUNG, JERANTUT PAHANG

PENGEMBARAAN BERMULA

10/2/2011- TITO DAN IS








dia orang ni baru sampai
sampai2 dila n bb terus ajak pergi mandi sungai
apa lagi on je la..
teringat kenangan masa kat kolej dulu
ramai2 mandi pantai dan kolam




Thursday, March 1, 2012

BERSAMA KEMBALI

10/2-13/2/2012

4 hari yang menggamit kenangan kami bersama. terima kasih is dan tito kerana sudi berkunjung ke Jerantut, Pahang. korang memang boleh diberi gelaran "true friends". selepas masing2 membawa haluan selepas tamat pengajian, kita orang memang susah nak cari masa untuk bersama. tapi Alhamdulillah pada tarikh ni mereka berdua dapat bertandang kemari.

seperti biasa kalau dah berkumpul ni macam2 la yang nak dicerita dan digosipkan. aku memang suka saat2 macam ni, bukan selalu dapat suasana macam ni. segala perancangan memang tidak diatur (sebab kedatangan mereka berdua pun mengejut). apa yang dan kita orang sapu je la.

nantikan aksi kami selepas ini.....

Tuesday, February 28, 2012

DAPAT ON9 SEMULA...

TERIMA KASIH ABG2 TM....

lama jugak tak on9 ni...
hampir 3 minggu jugak la...
modem terbakar, tect tm cakap kena sambar petir

apa2 pun semua dah ok....
like...

Thursday, February 9, 2012

ELEKTRIK


CERITA 1:
huhhhhhh, nasib badan. kenapa la lalai sangat abah aku ni. kan dah kene kejutan elektik. abah kalau buat keje mesti tak tengok dulu mana hujung mana pangkal. tahu2 nak cepat siap je, tapi alhamdulillah x de apa kemalangan jiwa.

abah tengah betulkan lampu bilik air, tapi dia lupa nak tutup suiz lampu tu, so kena la kejutan. abah jatuh dari tangga dan badan terkena serpihan mentol pecah. berurut juga la abah malam semalam sebab sakit badan jatuh. alhamdulillah abah sihat dan yang paling best hari ni abah menorah getah laju gile...ni semua sebab power terkena elektrik semalam....hahahaha...cayalah abah..





CERITA 2:
malam semalam juga elektrik kat kampung aku ni terputus. lama jugak la, hampir 3 jam kot...hehehehe...tapi alhamdulillah bulan terang/penuh menyinari malam2 kami sekeluarga. memang syok la...


aku 1 keluarga lepak kat beranda rumah sampai 1 pagi kot. korang ada buat macam tu dengan parents korang. hahaha...ummi cerita kisah zaman2 silam kami adik beradik pada akak...(malu je..apa la ummi ni)...lepas tu abah pula cite zaman kecik2 dulu dan sedikit lata belakang keluagra aku belah abah ni... ramai jugak la yang aku tak kenal rupanya...hehehehe...





Wednesday, February 8, 2012

SUKA BILA BERSAMA

OUTHING.....outhing.....jeng3

bila adik2 cuti ni, mula la kepala ligat je memikirkan apa la aktiviti nak buat untuk luangkan masa bersama. ye la kan, dah la ateh and adik sekolah uda pula sibuk study medic dia. kalau balik cuti pun dia duduk berkurung dalam bilik buat asignment. (tu la ko de, cuba la buat keje tu kat sana. jadi macam aku ni ha, balik cuti memang cuti je, x de nya nak bawak balik keje kat rumah....tu kira masa study la ea)

sekarang aku memang cuti memanjang...lalala... bermula la kembaraan kami di kawasan yang jauh dari kesibukan jalan raya (rumah aku nama je kampung tapi depan rumah jalan besar kot, suasana kampung tu memang dah x de)...kami masuk hutan, pergi mandi air lata (tahu tak lata tu apa....lata ni macam air terjun tapi x de la besar macam air terjun tu)

tapi best sebab semua adik beradik aku ada, tambahan pula dah tambah seorang (kak ipar)...hehehe.....best sangat2 mandi kat situ, walaupun sejuk dek kerana suasana dan air yang belum lagi dicemari dengan kemusnahan yang dilakukan oleh manusia...memang terbiak laaaaa.....









Wednesday, February 1, 2012

TAKDIRKU

ketentuan dari Allah SWT tiada siapa yang tahu, dan ini mungkin ketentuan yang terbaik buatNYA kepada aku. biarpun pahit ditelan tapi itu mungkin ubat paling mujarab yang DIA berikan kepada kita. dan aku terima segala ketentuan dariNYA dengan hati yang terbuka dan mengharapkan DIA menyediakan yang terbaik buat diri aku.



jikalau kalian semua ada membaca entry aku yang dulu2, dalam 1 bulan yang lepas. aku ada menyatakan yang aku diterima untuk menduduki beberapa ujian dan temuduga di upsi, keputusannya telah aku perolehi minggu ini. harapanku untuk melanjutkan diri ke upsi terhenti setakat itu sahaja (feeling2 macam aznil umumkan pelajar akademi fantasia yang terkeluar pulak....hahaha)



yeeeee, aku tak berjaya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan di upsi. tetapi kehidupan mesti diteruskan dan perancangan perlu disusun semua dengan rapi supaya tidak kecundang lagi dimasa akan datang. aku sememangnya redha dengan keputusan ini kerana didalam solatku aku setiasa berdoa kepadaNYA "ya Allah, jikalau ini yang terbaik untuk kehidupanku KAU permudahkanlah urusan ku"



sesungguhnya Allah sudah menentukannya untuk aku. dan aku bersedia untuk melangkah dengan lebih gagah dan yakin. serta aku pasti Allah ada menyediakan yang terbaik untuk aku dan kedepannya....

Tuesday, January 31, 2012

DULU DAN KINI



duit syiling masa aku dilahirkan
(kira2 lahir memang dah wujud duit ni)




tapi yang ni siyes ada yang tak pernah tengok kan...
duit syiling lama, ni pun aku jumpa masa dok mengemas bilik
yang besar tu RM5 tau
tak tahu la macam mana dia orang bawa masa g beli barang dulu2..
kalau nak beli barang banyak
mahu tak nya bawa guni....hehehe
berak kot duit ni


yang ni duit syiling negara luar
hahahaha, korang ada...
rumah aku je ada kot....
ada duit singapura, arab saudi dan england


permata yang hilang
kalau tak salah ingatan aku la kan
permata2 ni aku ambik kat dalam aquarium je
mungkin sebab batu sungai tu berubah jadi macam ni
aku pun tak tahu la kenpa dia jadi macam tu
pelik tapi memang benar