kata aluan

Followers

Sunday, May 13, 2012

MPOB TELUK INTAN, PERAK

ALHAMDULILLAH, SEGALA PUJI HANYA UNTUKMU YA ALLAH....

dah lama tak berblog ni, rindu pulak rasa nak menaip panjang2....hehehe... alhamdulillah, aku sekarang dah bergelar seorang yang berkerjaya, sempat juga la aku menyambut hari buruh pada 1 mei lepas, hehehe...

perkara ni memang tak dijangka oleh aku sendiri (hal kerja ni laaaaa) kerana semasa temuduga MPOB ni aku bukan bercerita mengenai sawit tetapi aku bercerita mengenai getah (dah memang aku dibesarkan dengan getah)

nak dijadikan cerita aku dapat kerja di MPOB ni, mungkin rezeki aku agaknya kat situ interview cerita lain pun dapat juga kan... masa aku dapat tawaran kerja ni, sebenarnya dah lambat sebab aku patut lapor diri pada 16/4 tetapi oleh kerana sebelum tarikh tu, internet problem kat rumah aku ni, aku tak tahu la yang sepatutnya aku melapor diri pada 16/4 tu....menangis cakap kau bila aku lepas tawaran ni...

aku pun call HQ MPOB di Bangi dan memberi alasan yang aku baru tahu pada 16/4 tu aku sepatutnya melapor diri, dan mereka pun faham situasi aku. aku diberi peluang untuk lapor diri sebelum awal bulan 5, aku dengan ghairahnya terus menelefon MPOB Teluk Intan, Perak (tempat aku ditugaskan) dan mereka meminta aku untuk lapor diri pada 23/4......

haaaa, apa lagi bila khamis 19/4 tu aku dapat keputusan untuk lapor diri pada isnin 23/4 ni jumaat 20/4 terus aku ajak abah dan ummi ke sana untuk persiapkan apa yang patut (nak cari rumah la yang penting)...jadi kesimpulan dari cerita aku ni, persiapan perlu dibuat dari awal dan apa yang kita tak jangka dapat insya Allah jika kita berdoa pada Allah dan Allah akan makbulkan doa kita tu...

kesabaran dan dugaan yang Allah berikan kepada kita ada hikmah disebalik nya....jadi terukan mencuba dan berharap serta jangan sesekali putus asa.... gagal sekali tidak mungkin kita gagal untuk selamanya...

nanti aku sambung lagiiiii......insya Allah

Sunday, March 18, 2012

.....


kadang2 air mata lebih berharga daripada senyuman, kerana senyuman boleh diberikan kepada sesiapa sahaja tetapi air mata hanya akan bercucuran untuk orang yang kita sayang sahaja

*renung2 kan sahabat semua....
*mood: rindukan dia....:(

Saturday, March 17, 2012

SAKIT GIGI

YA ALLAH.....

sakitnya gigi...korang semua kalau ada sahabat2 yang sakit gigi tu, jangan la nak bergurau lebih2 ok. nanti bolej jadi gaduh tau. ni first time aku sakit gigi macam ni, dia bukan apa pun. cuma ada gigi geraham yang last sekali belah atas tu tumbuh. dia tak tumbuh besar macam gigi geraham yang lain, tapi YA ALLAH sakitnya...nak makan pun x boleh. sebabkan dia, rahang mulut ni macam dikunci, nak buka luas2 mulut pun sakit...


macam ni keadaan dia cuma
dalam hal aku dia berada diatas.
bengkak....
(sumber pic google image)


Thursday, March 15, 2012

TERIMA KASIH YA ALLAH

SELASA 13/3/2012



alhamdulillah...
pada tarikh ni aku dipanggil temuduga oleh MPOB. ya Allah inilah yang ditunggu, walaupun hanya temuduga tetapi ia merupakan pembelajaran bagi aku untuk menghadapi temuduga yang akan datang. boleh dikatakan semuanya berjalan dengan lancar, walaupun ada dugaan yang dihadapi sebelum hari temuduga ni. tapi aku redha dengan ketentuan-NYA. dugaan tu takde la berat mana tapi mencabar jugak la...hehe...

yang penting pada hari ni, aku rasa macam tak berdepan dengan interview je sebab aku tak berdebar dengan apa yang akan berlaku pada hari tu, padahal sebelum masuk bilik interview tu, punya la cuak nak mampossssss,,,hehee..ada cerita disebalik kejadian diatas ni, nak tahu sebab apa tak...jeng3...sebelum masuk bilik interview tu aku dapat semangat daripada kakak aku (kak fiza), ya Allah terima kasih pada beliau kerana, dengan adanya dia aku tak rasa semua debaran yang aku rasai sebelum tu...kami bercerita zaman2 silam kami di kolej, cerita apa yang berlaku sekarang... ya Allah, memang terbaik la aku rasa..

semasa di interview semuanya ok je, takde la soalan yang mencabar minda..aku dah buat yang terbaik, tapi macam tak puas hati je..hehehe, nak masuk interview lagi rasanya...lalala...kekosongan kerja hanya 13 dan yang dipanggil interview 60 orang, haaaaaa tak tahu la macam mana rezeki aku kan. yang datang pula punya la bagus2 ada yang amik planting, dgree pn ramai gak dan kerja dengan private company (sawit jugak) wooooo, aku hanyalah aku....cehhhhhh....hahaha

sekarang TAWAKAL & BERDOA...

Friday, March 2, 2012

CAMERON HIGHLAND, PAHANG

12/2/2012

hari ni, hari ketiga is dan tito berada di bumi pahang. Alhamdulillah dengan izin Allah juga doaku dimakbulkan. berkat hujan malam hari, esok paginya aku tak ke kebun dan dapat la bawak dua2 sahabat aku ni berjalan2 ke cameron highland.

sebelum pergi, ummi dan pesan pada is dan tito, kalau aku tak larat bawak kereta, mintak tolong dia orang gantikan aku. tapi hampeh diaorang ni, masing2 bagi alasan. alasan tito yang tak boleh bla, ada ke dia cakap "kalau kau nak aku bawak kete masuk gaung, langgar tiang aku ok je."

best kan ayat sahabat aku ni. tapi dia lah juga sahabat lelaki yang paling rapat dengan aku. kalau is pulak, memang tak yah bagi alasan pun kita dah tahu kan. hehehehe....(badan dia tak muat la nak drive kete kancil aku ni...hahahahahaha....

aku memang dah selalu sangat ke cameran highland ni, memang acara wajib la setiap bulan.hehehe... tapi demi sabahat yang tersayang aku gagahkan jugak untuk drive pergi dan balik. dan dua orang mamat ni pandai jugak la layan aku bawak kete...memang terbaik.....sedap suara kau tito...huhu


pic wajib...mesti ada punya la..


berhenti di jambatan tinggi...melihat agongnya ciptaan yang esa.








nak tengok pic2 menarik
mai datang rumah k..hehehe..