kata aluan

Followers

Saturday, December 31, 2011

FRASER'S HILL TERBAIK


pertama kali sampai ke fraser's hill
memang terbaik
cuaca masa ni ialah -0'c



sweet abah & ummi


gilo gambo....nampak tak bacaan suhu tu....lalala


aku malu la masa ni....hehe


hahahaha, kenangan disana
hanya berbaju putih, berkadigen kelabu & berseluar slac
malas nak tukar lepas interview UPSI
buka kasut, sarung kardigen sudah
style apa....lalala


sekitar fraser's hill





aku dan tak mampu berjalan jauh
sebab terlampau "lembik" dek laluan yang berliku
otw balik dekat 2/3 kali jugak la berhenti sebab aku nak muntah
tapi tak muntah pun, sebab tak reti nak keluarkan muntak tu
asik telan balik je
sampai sakit kerongkong...

ITU YANG TERBAIK

alhamdulillah

selesai sudah ketiga2 ujian kemasukan UPSI. aku dah buat yang terbaik dekat sana. dalam ujian medsi bagi aku tiada masalah, cuma ujian sukan dan temu duga je yang baik aku, aku kurang yakin dengan prestasi diri sendiri.

untuk ujian khas sukan, aku terpaksa menjalani 5 jenis sukan yang sememangnya aku sendiri tak pernah pun buat (padahal, bila masa la aku ni bersukan).
1) tekan tubi
2) lompat jauh berdiri
3) ujian jangkau (nak uji kelenturan badan kita)
4) menggelecik ola keranjang
5) lari ulang alik 2.4 km


yang aku tak faham sangat2, aku ditawarkan sains sukan (rehabilitasi sukan) yang bersama dengan kesihatan, tetapi terpaksa menjalani ujian macam kawan2 yang ambil kejurulatihan n pendidikan jasmani. tapi aku kerahkan juga la apa yang boleh dalam ujian ni.

dan yang menggerunkan aku masa interview ni, dah la sakit2 badan bersukan, lepas tu pulak terpaksa terus ke interview. wow, memang mencabar la hari aku masa tu. tapi bukan aku je yang kena macam tu, kawan2 (50 orang wakin pelajar) yang lain pun kena nasib macam aku. tapi aku buat yang terbaik, walaupun dalam masa yang sama mengantuk (sebab semalaman tak boleh tido), sakit2 badan.


beginilah situasi aku dan rakan2 yang lain

dan sekarang hanya bertawakal dan berdoa kepada Allah S.W.T... mudah-mudahan, Allah memberikan ganjaran yang terbaik selepas apa yang kami semua lalui pada hari itu. AMIN

Monday, December 26, 2011

JAUHKAN AKU DARI FITNAH DUNIA

SUBHANALLAH...

Ya Allah aku bukan seorang hamba yang takbur pada apa yang Kau berikan Ya Allah. sesungguhnya aku tidak pasti atas apa kesilapan yang aku buat Ya Allah. Kau tahu apa yang aku buat, itu semua kesilapan yang mungkin aku terlepas pandang Ya Allah. bukan niat aku untuk menyebarkan berita tersebut, sekadar meluahkan rasa gembira di hati ini kepada sahabat2 semua.


peristiwa aku dapat menjalani ujian saringan kemasukan UPSI telah menjadi buah mulut orang kampung. bukan niat aku menaikkan post di facebook untuk menunjukkan rasa riak, sebaliknya sekadar berkongsi kegembiraan aku dan keluarga. cuma ye lakan, mulut orang ni susah nak tutup takut ada pulak salah penyampaiannya nanti.

buat pengetahuan semua, aku baru pergi kesana untuk menjawab dan melakukan segala ujian yang disediakan bukannya aku dapat tawaran terus belajar dekat sana. takut pulak bila berita yang aku rahsiakan ini diketahui orang lain, buatnya la sebaliknya keputusan aku perolehi, Ya Allah, tak tahu la...

Insya Allah aku akan buat yang terbaik, bagi mengejar cita-cita aku ini. Ya Allah, Kau permudahkanlah segala urusanku untuk menjawab dan menjalani segala ujian yang disediakan nanti Ya Allah...mohon doa kalian jua.....

Saturday, December 24, 2011

NILAILAH SENDIRI


sebelum mengata orang tengok diri sendiri....

JANGAN BERHARAP

Alhamdulillah Ya Allah

aku bersyukur padamu Ya Allah
Kau telah makbulkan hasratku
kalau ini jalan yang Kau redhai
akan ku turutinya Ya Allah


permohonan aku untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang sarjana muda pendidikan di universiti pendidikan sultan idris (upsi) telah diketahui. dan aku telah pun terpilih untuk menjadi salah seorang untuk menjalani beberapa ujian saringan untuk sebelum keputusan penuh diketahui....huhhhhhhhh


kos yang ditawarkan:
sarjana muda (pendidikan) sains pertanian
sarjana muda sains sukan (rehabilitasi sukan)

berdebar gile menunggu hari yang akan menentukan masa depan aku. kini aku selangkah menuju kearah itu.wowowowowowowow....

pada 28/12/2011 bertempat di UPSI sendiri, 3 peringkat terpaksa aku lalui iaitu:
ujian MEdSI
ujian khas sukan (yang ni kurang bermiant sikit, sebab aku tak pandai sangat bersukan ni)
temu duga

aku akan buat yang terbaik untuk mendapatkan sesuatu benda yang aku inginkan, insya Allah segalanya akan dipermudahkan oleh Allah S.W.T.


doakan kejayaan ku ini.....


Thursday, December 8, 2011

3.20 a.m: BADAN TAK SIHAT, SUSAH NAK TIDUR

malas aku nak taip...


sakit tekak
sampai nak telan air liur pun sakit

tambah batuk lagi


plus suara tak de...

macam pakej kan.....waaaaaa....\
tak blh tido sebab susah nak bernafaz...



Wednesday, December 7, 2011

SYUKUR ALHAMDULILLAH YA ALLAH


BISMILLAHIRAHMANIRAHIM...

ALHAMDULILLAH..

SEGALA PUJI HANYA PADA MU YA ALLAH




aku bersyukur kepadaMU Ya Allah, kerana dengan izinMu majlis perkahwinan abang aku berjalan dengan lancar. walaupun aku penat, tetapi aku puas kerana seminggu aku bertarung dengan waktu untuk menyiapkan segalanya persiapan perkahwinan diatas usahaku sendiri. kekuatan yang Kau berikan kepadaku tak ku siap2kan Ya Allah.

perjalanan waktuku bermula dari hari isnin 28/11. disini aku telah meniapkan bilik pengantin. dengan bantuan ummiku sendiri. semua yang diatur dalam buku aku terjemahkan ke alam realiti (bukan main skema lagi ayat aku kan). memang aku puas hati la dengan persiapan yang aku lakukan disini.

pada hari selasa pula aku menyiapkan pelamin untuk persandingan kedua mempalai. walaupun tak menggunakan peralatan yang memang dikhaskan untuk mendirikan pelamin , tapi aku mampu membinanya dengan daya kretiviti aku sendiri. hahahahaha, korang mampu.

hati rabu pula, disini la bermulanya kehangatan majlis perkahwinan abang aku ni. hehehehe, ketika ini majlis memasang sabak @ mendirikan khemah2 dan menyediakan bahan untuk memasak di hari besar perkahwinan ini. masa ni aku dah mula tak sihat, sebab kurang tido dan banyak tenaga digunakan

khamis menjelang tiba, wow.....lagi penat ni sebab pada hari ni, kami sekeluarga pergi mengutip pucuk paku untuk dijadikan salah satu menu di hari perkahwinan nanti, menunya dialah kerabu tauge bersama pucuk paku...hahahahaha.....

hari jumaat, aku sambung nanti ok, sebab ni hari besar tau....jeng3.....lagi pun aku tak sihat sekarang ni. aset bernilai (suara) aku x de la.....waaaaaaaa....sedih tau, nak cakap sakit......jumpa nanti ok......

daaaaaa....selamat malam.....