kata aluan

Followers

Friday, February 25, 2011

MASIH ADA YG TERCICIR

hari ini aku merasai nikmat kehidupan yang berganda-ganda.
bersyukurlah pd Allah atas segala kurnian-Nya kepada kita semua hari ini.
semalam aku telah mengikuti pegawai di kawasan Chebong mukin Tembeling Tengah.
pegawai ini merupakan senior kolej kita sendiri iaitu En.Tajul dan Cik Dila.

aku menyaksikan kehidupan satu keluarga yg serba kekurangan.
dengan pendapatan sebulan sebanyak rm450 dan jumlah tanggungan 10 orang.
3 orang daripada anaknya merupakan penghidap sakit jantung.
tak tercapai di akal sendiri bagaimana mereka menjalani kehiduan yang serba kekurangan.
dengan menampung sendiri perbelanjaan ke IJN dan kos pembedahan.

Ya Allah
nasib mereka tidak terbela oleh ketua kampung sendiri.
inilah yang dinamakan politik kampung.
dahulukan anak beranak sampai ke cucu cicit hinggakan orang lain diketepikan.
keluarga ini telah pun memohon bantuan daripada pihak berwajib melalui ketua kampungnya sendiri.

jadi sedarlah kita disini bahawa kita yg tersenyum ada yg berduka
kita yang jalani kehidupan yang mewah ada yg susah,
bersyukurlah dengan apa yang ada.

sungguh aku tidak mampu untuk mengadapi keadaan sebegini.
aku tidak dapat menahan air mata untuk melihat penderitaan keluarga ini.
dan keputusan telah dibuat dn sumbangan telah dijanjikan
serta pihak lain juga telah dimaklumkan dan tindakan akan diambil.

ALHAMDULILLAH...

Wednesday, February 23, 2011

LAWAK GILA

hehe...apa-apa je la yg berlaku hri ni....
plik btl dgn aku ni...
pergi kerja pnya la awl,
smpai je pjbt bru perasan tertinggal wallet dan handfon...
nsib polis x bt roadblock....
klau x mampos...hehe
dlm msa yg sma gak terlupa pkai tali pinggang...
dh la pgi ni pkul 9 ada meeting, x de gila jdinya....
haha, x blh bla la kjadian hri ni....

Friday, February 11, 2011

HARIKU KINI CERIA

kini hari2ku ceria bila ketahui diriny ada disisiku,
walau dia disamping kluarga tp aku bersyukur kerana aku ketahui dia selamat
pagi2 ku ceria bla menerima panggilan dari sidia,
walaupn sedikit gementar sbb sudah lma tidak mendengar suaranya.

kini diriku kembali dihimpit rasa cinta,
klau dulu cintaku jauh dihujung dunia, 
tp kini dia ada dibumi Malaysia.
akan jaga cinta ini.

love my babycute...  

Thursday, February 10, 2011

ALHAMDULILLAH, ...

kegusaran hatiku telah reda dengan panggilan darinya....
terima kasih YA ALLAH, hanya itu yang hambamu ini mampu ucapkan....
ternyata keluarga juga turut gembira dengan berita yang aku khabarkn....
muhammad akmal bin zakaria telah pulang ke Malaysia setelah keadaan di Mesir menjadi huru-hara....

Wednesday, February 9, 2011

kecewa

hari in aku terima panggilan dari Lembaga Getah Malaysia (LGM) kuantan untuk menghadiri temu duga kerja pada 16/2/2011... bukan aku keseorangan tp dengan sepupu aku sekali BB... tp kami terpaksa membatalkan hasrat kami berdua kerana kami masih menjalani Latihan Industri di tempat masing2...mmg sedih dan kecewa bila tawaran ni kita akan tolak, tp bila difikirkn blik, insya Allah rezeki tu ada dimana-mana. jadi usaha lg dan lg...