kata aluan

Followers

Saturday, December 31, 2011

ITU YANG TERBAIK

alhamdulillah

selesai sudah ketiga2 ujian kemasukan UPSI. aku dah buat yang terbaik dekat sana. dalam ujian medsi bagi aku tiada masalah, cuma ujian sukan dan temu duga je yang baik aku, aku kurang yakin dengan prestasi diri sendiri.

untuk ujian khas sukan, aku terpaksa menjalani 5 jenis sukan yang sememangnya aku sendiri tak pernah pun buat (padahal, bila masa la aku ni bersukan).
1) tekan tubi
2) lompat jauh berdiri
3) ujian jangkau (nak uji kelenturan badan kita)
4) menggelecik ola keranjang
5) lari ulang alik 2.4 km


yang aku tak faham sangat2, aku ditawarkan sains sukan (rehabilitasi sukan) yang bersama dengan kesihatan, tetapi terpaksa menjalani ujian macam kawan2 yang ambil kejurulatihan n pendidikan jasmani. tapi aku kerahkan juga la apa yang boleh dalam ujian ni.

dan yang menggerunkan aku masa interview ni, dah la sakit2 badan bersukan, lepas tu pulak terpaksa terus ke interview. wow, memang mencabar la hari aku masa tu. tapi bukan aku je yang kena macam tu, kawan2 (50 orang wakin pelajar) yang lain pun kena nasib macam aku. tapi aku buat yang terbaik, walaupun dalam masa yang sama mengantuk (sebab semalaman tak boleh tido), sakit2 badan.


beginilah situasi aku dan rakan2 yang lain

dan sekarang hanya bertawakal dan berdoa kepada Allah S.W.T... mudah-mudahan, Allah memberikan ganjaran yang terbaik selepas apa yang kami semua lalui pada hari itu. AMIN

No comments: