kata aluan

Followers

Monday, August 1, 2011

SALAM RAMADHAN

tarawih pertama: 31/7/2011



solat yang aku nantikan sepanjang tahun kerana solat sunat tarawih hanya ada pada bulan ramadhan sahaja. tahun ini merasa aku lagi aku untuk menunaikan solat sunat ini. ALHAMDULILLAH, Allah memanjangkan usia kita tathun ini untuk menunaikan solat sunat ini.

tarawih kali ini sangat istimewa kerana, aku dapa menjalankan solat sunat tarawih ini di kampung halaman/ rumah sendiri selepas 3 tahun menyambut ramadhan bersama kawan-kawan. bila bersama keluarga, teringat pula pada kawan-kawan seperjuangan. rindu kalian semua.

malam pertama ramadhan, aku bersama seluruh ahli keluarga sama-sama berjalan menuju ke masjid. gembira rasa hari bila dapat merasakan nikmat bersama keluarga. sesungguhnya nikmat Allah itu ada dimana-mana. malam pertama tarawih ini abah aku sendiri yang jadi iman, terasa syahdu bila abah melafazkan kalimah Al-fatihah. tersentap benak hatiku, walaupun sering abah mengimankan solat, tp malam tarawih ini terlalu berbeza perasaanya.

ini nikmat yang telah Kau berikan kepada hambamu ini Ya ALLAH.

No comments: