kata aluan

Followers

Wednesday, August 3, 2011

RAMADHAN 2

ASSALAMUALAIKUM SAHABAT

hari kedua berpuasa, tak de la penat sangat pun walaupun hari ini aku pergi kebun macam hari-hari biasa. kalau hari pertama puasa aku diserang senak perut yang terlampau sampaikan aku amik selendang ummi aku untuk ikat perut yang sakit ni. aku pun pelik sebab apa jadi macam ni.nak kata tak biasa dengan puasa, padahal aku puasa sunat pun selalu buat. hurm apa-apa pun aku selamatkan jugak puasa tu dengan berbaring diatas katil selama 2 jam sebelum berbuka. ummi suruh berbuka awal sebab kesian tengok anak dia ni, hehehehe. sampai dua tiga kali jenguk aku kat bilik. tak mati la kalau setakat senak perut itu ummi. hohohohohoho.




dan seperti biasa la lepas isyak solat tarawih bermula. Alhamdulillah dah 3 malam solat tarawih aku kerjakan secara berjemaah. dan abah masih jadi imam untuk ketiga-tiga malam solat sunat tarawih ini. kalau malam pertama bacaan abah sedikit semput, Alhamdulillah dah 3 malam ni bertambah baik.

No comments: