kata aluan

Followers

Wednesday, February 1, 2012

TAKDIRKU

ketentuan dari Allah SWT tiada siapa yang tahu, dan ini mungkin ketentuan yang terbaik buatNYA kepada aku. biarpun pahit ditelan tapi itu mungkin ubat paling mujarab yang DIA berikan kepada kita. dan aku terima segala ketentuan dariNYA dengan hati yang terbuka dan mengharapkan DIA menyediakan yang terbaik buat diri aku.



jikalau kalian semua ada membaca entry aku yang dulu2, dalam 1 bulan yang lepas. aku ada menyatakan yang aku diterima untuk menduduki beberapa ujian dan temuduga di upsi, keputusannya telah aku perolehi minggu ini. harapanku untuk melanjutkan diri ke upsi terhenti setakat itu sahaja (feeling2 macam aznil umumkan pelajar akademi fantasia yang terkeluar pulak....hahaha)



yeeeee, aku tak berjaya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan di upsi. tetapi kehidupan mesti diteruskan dan perancangan perlu disusun semua dengan rapi supaya tidak kecundang lagi dimasa akan datang. aku sememangnya redha dengan keputusan ini kerana didalam solatku aku setiasa berdoa kepadaNYA "ya Allah, jikalau ini yang terbaik untuk kehidupanku KAU permudahkanlah urusan ku"



sesungguhnya Allah sudah menentukannya untuk aku. dan aku bersedia untuk melangkah dengan lebih gagah dan yakin. serta aku pasti Allah ada menyediakan yang terbaik untuk aku dan kedepannya....

6 comments:

Miss Purple Ungu said...

jgn sedih ye fikhri
mungkin ada hikmah di sebaliknya...

Ayang Anim said...

jgn sedih sayang... byk hikmahnya... apa perancangan?? kalau nak mami tolong, bg tau je... mami ada untuk anak2 mami ye sayang....

farizul_fikhri said...

miss purplr: thanks....insya Allah..

farizul_fikhri said...

mami: memang sedih....igt lepas knduri along hari tu, blh la trus smbung dgree, tp x de rezeki plak...keje ssh la nk cri skng ni....

Ayang Anim said...

kalau ada keje, nak keje sebagai apa?/ kerani bole??

farizul_fikhri said...

ok je mami...
mana2 je skng ni...
jnji lh cri pengalaman keje....