kata aluan

Followers

Tuesday, February 28, 2012

DAPAT ON9 SEMULA...

TERIMA KASIH ABG2 TM....

lama jugak tak on9 ni...
hampir 3 minggu jugak la...
modem terbakar, tect tm cakap kena sambar petir

apa2 pun semua dah ok....
like...

Thursday, February 9, 2012

ELEKTRIK


CERITA 1:
huhhhhhh, nasib badan. kenapa la lalai sangat abah aku ni. kan dah kene kejutan elektik. abah kalau buat keje mesti tak tengok dulu mana hujung mana pangkal. tahu2 nak cepat siap je, tapi alhamdulillah x de apa kemalangan jiwa.

abah tengah betulkan lampu bilik air, tapi dia lupa nak tutup suiz lampu tu, so kena la kejutan. abah jatuh dari tangga dan badan terkena serpihan mentol pecah. berurut juga la abah malam semalam sebab sakit badan jatuh. alhamdulillah abah sihat dan yang paling best hari ni abah menorah getah laju gile...ni semua sebab power terkena elektrik semalam....hahahaha...cayalah abah..





CERITA 2:
malam semalam juga elektrik kat kampung aku ni terputus. lama jugak la, hampir 3 jam kot...hehehehe...tapi alhamdulillah bulan terang/penuh menyinari malam2 kami sekeluarga. memang syok la...


aku 1 keluarga lepak kat beranda rumah sampai 1 pagi kot. korang ada buat macam tu dengan parents korang. hahaha...ummi cerita kisah zaman2 silam kami adik beradik pada akak...(malu je..apa la ummi ni)...lepas tu abah pula cite zaman kecik2 dulu dan sedikit lata belakang keluagra aku belah abah ni... ramai jugak la yang aku tak kenal rupanya...hehehehe...





Wednesday, February 8, 2012

SUKA BILA BERSAMA

OUTHING.....outhing.....jeng3

bila adik2 cuti ni, mula la kepala ligat je memikirkan apa la aktiviti nak buat untuk luangkan masa bersama. ye la kan, dah la ateh and adik sekolah uda pula sibuk study medic dia. kalau balik cuti pun dia duduk berkurung dalam bilik buat asignment. (tu la ko de, cuba la buat keje tu kat sana. jadi macam aku ni ha, balik cuti memang cuti je, x de nya nak bawak balik keje kat rumah....tu kira masa study la ea)

sekarang aku memang cuti memanjang...lalala... bermula la kembaraan kami di kawasan yang jauh dari kesibukan jalan raya (rumah aku nama je kampung tapi depan rumah jalan besar kot, suasana kampung tu memang dah x de)...kami masuk hutan, pergi mandi air lata (tahu tak lata tu apa....lata ni macam air terjun tapi x de la besar macam air terjun tu)

tapi best sebab semua adik beradik aku ada, tambahan pula dah tambah seorang (kak ipar)...hehehe.....best sangat2 mandi kat situ, walaupun sejuk dek kerana suasana dan air yang belum lagi dicemari dengan kemusnahan yang dilakukan oleh manusia...memang terbiak laaaaa.....









Wednesday, February 1, 2012

TAKDIRKU

ketentuan dari Allah SWT tiada siapa yang tahu, dan ini mungkin ketentuan yang terbaik buatNYA kepada aku. biarpun pahit ditelan tapi itu mungkin ubat paling mujarab yang DIA berikan kepada kita. dan aku terima segala ketentuan dariNYA dengan hati yang terbuka dan mengharapkan DIA menyediakan yang terbaik buat diri aku.



jikalau kalian semua ada membaca entry aku yang dulu2, dalam 1 bulan yang lepas. aku ada menyatakan yang aku diterima untuk menduduki beberapa ujian dan temuduga di upsi, keputusannya telah aku perolehi minggu ini. harapanku untuk melanjutkan diri ke upsi terhenti setakat itu sahaja (feeling2 macam aznil umumkan pelajar akademi fantasia yang terkeluar pulak....hahaha)



yeeeee, aku tak berjaya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan di upsi. tetapi kehidupan mesti diteruskan dan perancangan perlu disusun semua dengan rapi supaya tidak kecundang lagi dimasa akan datang. aku sememangnya redha dengan keputusan ini kerana didalam solatku aku setiasa berdoa kepadaNYA "ya Allah, jikalau ini yang terbaik untuk kehidupanku KAU permudahkanlah urusan ku"



sesungguhnya Allah sudah menentukannya untuk aku. dan aku bersedia untuk melangkah dengan lebih gagah dan yakin. serta aku pasti Allah ada menyediakan yang terbaik untuk aku dan kedepannya....