kata aluan

Followers

Friday, February 25, 2011

MASIH ADA YG TERCICIR

hari ini aku merasai nikmat kehidupan yang berganda-ganda.
bersyukurlah pd Allah atas segala kurnian-Nya kepada kita semua hari ini.
semalam aku telah mengikuti pegawai di kawasan Chebong mukin Tembeling Tengah.
pegawai ini merupakan senior kolej kita sendiri iaitu En.Tajul dan Cik Dila.

aku menyaksikan kehidupan satu keluarga yg serba kekurangan.
dengan pendapatan sebulan sebanyak rm450 dan jumlah tanggungan 10 orang.
3 orang daripada anaknya merupakan penghidap sakit jantung.
tak tercapai di akal sendiri bagaimana mereka menjalani kehiduan yang serba kekurangan.
dengan menampung sendiri perbelanjaan ke IJN dan kos pembedahan.

Ya Allah
nasib mereka tidak terbela oleh ketua kampung sendiri.
inilah yang dinamakan politik kampung.
dahulukan anak beranak sampai ke cucu cicit hinggakan orang lain diketepikan.
keluarga ini telah pun memohon bantuan daripada pihak berwajib melalui ketua kampungnya sendiri.

jadi sedarlah kita disini bahawa kita yg tersenyum ada yg berduka
kita yang jalani kehidupan yang mewah ada yg susah,
bersyukurlah dengan apa yang ada.

sungguh aku tidak mampu untuk mengadapi keadaan sebegini.
aku tidak dapat menahan air mata untuk melihat penderitaan keluarga ini.
dan keputusan telah dibuat dn sumbangan telah dijanjikan
serta pihak lain juga telah dimaklumkan dan tindakan akan diambil.

ALHAMDULILLAH...

No comments: