kata aluan

Followers

Sunday, May 13, 2012

MPOB TELUK INTAN, PERAK

ALHAMDULILLAH, SEGALA PUJI HANYA UNTUKMU YA ALLAH....

dah lama tak berblog ni, rindu pulak rasa nak menaip panjang2....hehehe... alhamdulillah, aku sekarang dah bergelar seorang yang berkerjaya, sempat juga la aku menyambut hari buruh pada 1 mei lepas, hehehe...

perkara ni memang tak dijangka oleh aku sendiri (hal kerja ni laaaaa) kerana semasa temuduga MPOB ni aku bukan bercerita mengenai sawit tetapi aku bercerita mengenai getah (dah memang aku dibesarkan dengan getah)

nak dijadikan cerita aku dapat kerja di MPOB ni, mungkin rezeki aku agaknya kat situ interview cerita lain pun dapat juga kan... masa aku dapat tawaran kerja ni, sebenarnya dah lambat sebab aku patut lapor diri pada 16/4 tetapi oleh kerana sebelum tarikh tu, internet problem kat rumah aku ni, aku tak tahu la yang sepatutnya aku melapor diri pada 16/4 tu....menangis cakap kau bila aku lepas tawaran ni...

aku pun call HQ MPOB di Bangi dan memberi alasan yang aku baru tahu pada 16/4 tu aku sepatutnya melapor diri, dan mereka pun faham situasi aku. aku diberi peluang untuk lapor diri sebelum awal bulan 5, aku dengan ghairahnya terus menelefon MPOB Teluk Intan, Perak (tempat aku ditugaskan) dan mereka meminta aku untuk lapor diri pada 23/4......

haaaa, apa lagi bila khamis 19/4 tu aku dapat keputusan untuk lapor diri pada isnin 23/4 ni jumaat 20/4 terus aku ajak abah dan ummi ke sana untuk persiapkan apa yang patut (nak cari rumah la yang penting)...jadi kesimpulan dari cerita aku ni, persiapan perlu dibuat dari awal dan apa yang kita tak jangka dapat insya Allah jika kita berdoa pada Allah dan Allah akan makbulkan doa kita tu...

kesabaran dan dugaan yang Allah berikan kepada kita ada hikmah disebalik nya....jadi terukan mencuba dan berharap serta jangan sesekali putus asa.... gagal sekali tidak mungkin kita gagal untuk selamanya...

nanti aku sambung lagiiiii......insya Allah